Senarai Nama Guru & Kakitangan 2009

BIL

NAMA

JAWATAN

1.

MOHD.ALIASA BIN ABD RAHMAN

GURU BESAR

2.

HJ MANSOR BIN ISMAIL

PEN.KANAN 1

3.

MOHD TALIB BIN RAHMAN

PEN.KANAN HEM

4.

THOUPEK BIN OSMAN

PEN.KANAN KK

5.

ABDULLAH BIN BAHAROOM

6.

ALAGUSUNDARI A/P RAJAGOPAL

4 IBNU KHALDUN

7.

AZROL IZAL BIN MAT RIFFIN

2 IBNU BATTUTA

8.

AZURA BINTI OSMAN

6 IBNU KHALDUN

9.

AHMAD ZAKI BIN MD SAAD

10.

FAHMI BIN MANSOR

DATA / DISPLIN

11.

FAIRUZ BIN SAMSUDIN

J-QAF/webmaster

12.

HARTINI BINTI HAD

5 IBNU KHALDUN

13.

LEW AI LEE

PENDIDIKAN KHAS

14.

LIM SEE ERH

SPBT

15.

MARIAM BINTI NOORDIN

3 IBNU KHALDUN

16.

MOHAMAD SOUPAIN BIN ABD RAHMAN

17.

MOHAMMED ASMADI BIN MD NOR

4 IBNU SINA

18.

MOHD NORDIN BIN ISMAIL

J-QAF

19.

OSLAN BIN BAHARUDDIN

KAUNSELOR

20.

MOHD RIZAL BIN OTHAMAN

PUSAT SUMBER

21.

MOHD SABRI BIN KADER SULTAN

3 IBNU BATTUTA

22.

MUHAMAD FAIZAL BIN DARUS

J-QAF/ICT

23.

NORAINI BINTI SHARIFF

24.

NOOR SHAHAZATUL SYIMA BT YAHYA

1 IBNU BATTUTA

25.

NOOR MASTURA BINTI ZAKARIA

26.

NOOR SUHAILI BINTI NORDIN

27.

KHAIYATI NIZA BINTI YUSOFF

28.

NORLIZA BINTI NORDIN

PRA-SEKOLAH

29.

NORMALA BINTI AHMAD JOHARI

30.

NORZIE BINTI MD YUSOFF

3 IBNU SINA

31.

NOR HAJJAH BINTI HASAN

2 IBNU KHALDUN

32.

ROSLIANI BINTI MUSTAPHA

PEMULIHAN KHAS

33.

SARAH BINTI RAMLI

6 IBNU BATTUTA

34.

SHAHNUM BINTI HUSSAIN

1 IBNU SINA

35.

SITI JAARANAH BINTI MOHD ISA

6 IBNU SINA

36.

SITI MAISARAH BINTI MOHD IDRIS

J-QAF/1 IBNU KAHLDUN

37.

SITI MASROH BINTI MAT ARSHAD

38.

SUHARDI BIN MD.DAUD

5 IBNU SINA

39.

SUNTHRAMALAR A/PA PUNIARANGAN

5 IBNU BATTUTA

40.

SUZANA BINTI MARZUKI

KESIHATAN/PPSMI

41.

S.MAGESWARY A/P M.SHANMUGAM

42.

TG.NURLIDA BT TG.ZAINUL ABIDIN

2 IBNU SINA

43.

ZULKURNAIN BIN ABD GHANI

4 IBNU KHALDUN

44.

ZURAINI BINTI DOLLAH@MD DAUD

PENDIDIKAN KHAS

SENARAI NAMA KAKITANGAN

45.

HAMBALI BIN MOHD SALLEH

KETUA P.TADBIR

46.

NOR ASYIKIN BINTI ABD TALIB

PEMBANTU TADBIR

47.

NABILAH BINTI ISHAK

PEM.PEN.MURID

48.

NOR MUNIRA BINTI RAMLI

PEM.TADBIR REN

49.

JAMIL BIN CHE MAT

PEM.AM PEJABAT

50.

MARDIANA BINTI MOHD ZAIN

PEM.PEN.MURID

ORGANISASI HAL EHWAL MURID

Klik full skrin untuk besarkan powerpoint.klik esc untuk kembali



Uploaded on authorSTREAM by eskpdl

ORGANISASI KOKURIKULUM

Klik full skrin untuk besarkan powerpoint.klik esc untuk kembali



Uploaded on authorSTREAM by eskpdl
No posts.
No posts.

PERATURAN UNTUK GURU

PERATURAN UNTUK GURU

1. Kehadiran ke Sekolah / Pulang

· Semua guru mestilah hadir menepati waktunya yakni berada di sekolah pukul 7.30 pagi atau lebih awal jika diarahkan menjalankan tugas-tugas khas.

· Senarai kedatangan hendaklah ditandatangani oleh semua guru sebaik sahaja tiba di sekolah.

2. Tidak hadir

· Jika seorang guru tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas disebabkan sakit, ia hendaklah melaporkan perkara ini kepada Guru Besar melalui telefon atau orang lain dengan seberapa segera yang boleh.

· Surat akuan doktor hendaklah menyusul selewat-lewatnya sehari kemudian. Surat akuan doktor akan dihantar ke Jabatan Pendidikan pada awal bulan yang berikutnya.

3. Meninggalkan Sekolah Dalam Masa Sekolah

· Guru-guru dibenarkan berbuat demikian hanya dengan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan hanya jika Guru Besar tiada dan dicatat butirannya di dalam buku rekod keluar guru-guru.

4. Dasar Sekolah

· Guru-guru tidak patut berbincang mengenai dasar sekolah atau mengenai guru lain dengan murid-murid.

5. Pakaian

· Pakaian guru-guru termasuk rambut hendaklah kemas dan menutup aurat supaya menjadi contoh teladan kepada murid-murid.

· ‘T-Shirt’ dan ‘Sport Shirt’ tidak dibenarkan apabila mengajar di dalam kelas.

· Guru-guru lelaki mestilah memakai tali leher sewaktu perhimpunan rasmi.

· Arahan mengenai rambut adalah seperti yang tercatat dalam siaran PPKn. 4266/(26) bertarikh pada 1.7.79.

6. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

· Guru-guru mestilah menyedia sukatan pelajaran dan rancangan kerja pada awal tahun.

· Ringkasan pelajaran mingguan hendaklah ditulis terlebih awal dan catatan dalam dakwat merah ditulis jika sesuatu pelajaran tidak dapat dijalankan.

7. Jadual Waktu

· Guru-guru mestilah mengikut jadual; waktu sekolah setepat-tepat yang boleh. Jangan membuat pertukaran masa mengajar atau membatalkan mana-mana mata pelajaran tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika guru terpaksa meninggalkan kelas kerana sesuatu urusan yang baik, sila beri kerja bertulis kepada pelajar.

· Guru mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian buruk pada masa ketiadannya.

8. Urusan perkhidmatan

· Guru-guru dinasihatkan supaya memberitahu kepada pembantu tadbir mengenai tarikh / bulan pergerakan gaji tahunan atau pengesahan jawatan atau perlantikan tetap lebih kurang tiga bulan sebelum tiba tarikhnya.

9. Surat-surat Rasmi

· Guru-guru tidak dibenarkan menulis surat rasmi kepada Pengarah Pelajaran, jabatan-jabatan lain atau pertubuhan-pertubuhan awam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah atau mengenai diri sendiri. Jika perlu hendaklah melalui Guru Besar dan satu salinan hendaklah diserah kepada sekolah untuk direkod.

10. PPD dan JPN

· Guru-guru dinasihatkan supaya mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu jika ingin berjumpa dengan mana-mana pegawai di JPN atau PPD.

11. Meninggalkan negeri

· Jika guru-guru ingin meninggalkan negeri di atas urusan peribadi, hendaklah membuat permohonan daripada Guru Besar terlebih dahulu.

12. Menghisap rokok

· Menghisap rokok di dalam kawasan sekolah adalah dilarang sama sekali.

13. Buku Naskah Guru

· Buku-buku naskah guru hendaklah dikembalikan kepada Guru Desk Copy / PK I sekiranya

o Apabila guru berhenti / tidak mengajar mata pelajaran berkenaan

o Apabila guru bertukar ke sekolah lain

o Apabila guru meletakkan jawatan

o Setiap akhir tahun

14. Buku-buku Teks / Rujukan

· Guru-guru tidak dibenarkan menjual sebarang buku teks / rujukan tanpa kebenaran Guru Besar.

15. Hukuman

· Guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman dera kepada pelajar tanpa kebenaran Guru Besar.

16. Pemulauan/Boikot

· Guru-guru tidak dibenarkan memulau mana-mana kelas tanpa kebenaran Guru Besar

17. Duduk di atas Meja

· Semasa mengajar, guru-guru tidak dibenarkan duduk di atas meja

18. Perpustakaan

· Peraturan yang sama dikenakan kepada pelajar dan guru

19. Minuman ringan

· Guru-guru diminta supaya jangan memesan minuman atau makanan dari kantin untuk dimakan atau diminum di Bilik Guru / Bilik Gerakan atau di dalam kelas. Makan atau minum pada waktu mengajar juga adalah dilarang.

20. Menaip

· Menaip nota atau soalan untuk pelajar patutlah dilakukan pada masa ‘free’ sahaja.

21. Kehadiran Pelajar

· Sebelum memulakan pelajaran guru mestilah menentukan bahawa pelajar yang hadir pada hari itu berada di dalam kelas.

22. Wang Tunai

· Guru-guru tidak dibenarkan menggunakan wang yang dikutip daripada pelajar untuk keperluan sendiri walaupun buat sementara.

23. Resit Rasmi

· Resit rasmi hendaklah diambil daripada Pembantu Tadbir sebaik sahaja sesuatu pembayaran dibuat kepadanya.

24. Lawatan / Majlis perpisahan

· Melawat sambil belajar, perkelahan dan majlis perpisahan kelas yang biasa diadakan pada akhir tahun boleh diadakan setelah mendapat kebenaran Guru Besar.

25. Pelajar Sakit

· Jika seseorang pelajar sakit atau kemalangan pada masa persekolahan, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Bertugas dengan segera.

26. Masa tidak mengajar

· Masa tidak mengajar waktu persekolahan (free period) patut digunakan untuk membuat kerja-kerja sekolah.

27. Sokongan Moral

· Guru-guru diminta memberi sokongan moral kepada mana-mana guru yang cuba menyelesaikan masalah disiplin / akademik pelajar.

28. Bilik Guru / Bilik gerakan

· Mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur. Perjumpaan dengan pelajar tidak digalakkan di dalam bilik guru / bilik gerakan.

29. Bilik Darjah

· Sebelum mula mengajar di sesuatu kelas, pastikan dahulu kelas tersebut di dalam keadaan bersih dan kemas, kerusi meja hendaklah tersusun rapi.

· Pintu bilik hendaklah ditutup selepas loceng akhir berbunyi .

30. Pelawat

· Jika terdapat pelawat atau ibubapa / penjaga ingin berjumpa dengan pelajar atau guru, hendaklah nasihatkan mereka supaya mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu.

31. Surat pekeliling

· Guru-guru tidak boleh mengedar sebarang pemberitahuan tanpa kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan dan guru-guru juga tidak dibenarkan menyimpan sebarang surat yang berkaitan dengan guru-guru lain dan surat tersebut hendaklah diserahkan kepada guru yang berkenaan.

32. Upacara Rasmi Sekolah

· Semua guru diwajibkan hadir pada setiap kali upacara dan aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan badan-badan luar yang berkaitan.

33. Perhimpunan Rasmi

· Semua guru diwajibkan menghadiri setiap kali perhimpunan rasmi sekolah.

34. Pembelian

· Sebarang pembelian peralatan / bahan / alat bantu mengajar hendaklah dibuat dengan kebenaran Guru Besar. Ketua Panitia dikehendakki mengisi borang pesanan sebelum membuat pesanan.

· Semua bil pembelian (beserta dengan salinan asal borang pesanan) mesti diserahkan ke pejabat sekolah dengan kadar segera untuk diuruskan pembayarannya. Setiap alatan yang dibeli mestilah dimasukkan ke dalam buku stok.

35. Makan / Minum Waktu Persekolahan

· Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk tujuan makan / minum pada waktu persekolahan. Gunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh pihak kantin.

· Gunakan tempoh masa makan / minum dengan kadar yang sewajarnya iaitu pada waktu tidak mengajar (free period) sahaja dan tidak terlalu lama. Elakkan daripada berbual kosong di kantin.

36. Bilik-bilik khas

· Semua guru bilik khas hendaklah mempastikan semua alatan serta bilik tersebut dalam keadaan selamat, bersih dan kemas. Satu senarai alatan dan perabut hendaklah ditampal di dalam bilik tersebut.

· Sekiranya guru bilik khas menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, satu jadual penggunaan bilik hendaklah disediakan dan ditampal di pintu bilik tersebut.

· Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik khas tanpa pengawasan guru yang berkaitan.

· Satu salinan kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.

37. Elektrik dan Air

· Semua guru dan kakitangan diminta memberi kerjasama ke arah menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Lampu dan kipas hendaklah dibuka pada masa-masa perlu sahaja. Sebelum meninggalkan bilik, pastikan semua suis ditutup. Perkara yang sama juga mestilah dilakukan terhadap paip air, pintu dan tingkap.

38. Lain-lain

· Guru-guru dan kakitangan hendaklah menjaga tingkahlaku bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja / di luar sekolah. Guru sepatutnya menjadi contoh teladan kepada pelajar dari semua segi.

· Guru-guru dan kakitangan dinasihatkan supaya memakai pakaian yang kemas, sopan dan menutup aurat (tidak menjolok mata) baik di sekolah atau di luar sekolah.

· Sikap pilih kasih dan terlalu rapat dengan pelajar tidak patut diamalkan kerana biasanya ia akan menimbulkan pelbagai masalah.

· Guru-guru dan kakitangan juga dinasihatkan supaya sentiasa berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan mengenai sebarang masalah sekolah.

· Guru-guru dan kakitangan juga dinasihatkan supaya tidak menghebahkan / membawa keluar cerita-cerita yang agak mengelirukan pendengar keluar dari kawasan sekolah.

· Guru-guru dan kakitangan ditegah menggunakan sebarang peralatan sekolah untuk kepentingan peribadi.

editor-permata biru